Friday, August 22, 2008

PMIUM & NUSMS; Antara Dua Dunia

Bergambar bersama Nani sebelum pulang

21 Ogos 2008- Hari ini boleh dicatat dalam diari PMIUM sebagai tarikh yang significant, kerana petang tadi telah menemukan semula dua entity yang dahulunya satu, tapi telah lama terpisah: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan National University of Singapore’s Muslim Society (NUSMS).

Petang tadi, saya dan beberapa lagi sahabat pimpinan PMIUM, Faisal, Ridzuan dan Fariza berkesempatan untuk bertemu dan berbincang dengan sahabat dari NUSMS, yang merupakan Bendahari Agungnya, saudari Nani Iryani. Beliau berada 6 hari di Malaysia sempena Global Youth Symposium yang berlangsung di UM.

Dahulunya, sebelum Singapura berpisah dari Malaya, Universiti Malaya bertapak di Singapura, dan di situlah PMIUM diasaskan oleh Syed Naqiub Al Attas. Namun bila berpisahnya Singapura dari Malaysia, Universiti Malaya berpindah ke Kuala Lumpur dan tapak asalnya di Singapura kini di kenali sebagai National University of Singapore. Di UM nama PMIUM dikekalkan, di NUS pula ia dikenali sebagai NUSMS. Namanya mungkin berbeza tapi asalnya sama dan tujuan penubuhan juga tidak berbeza, sebagai entity yang berfungsi menyebaluaskan idea faham Islam di kampus.

Jika PMIUM sekarang ini boleh gah dengan agenda persatuan bahkan gerakan di peringkat kampus dan nasional, situasinya jauh berbeza dengan sahabat kita di NUSMS, yang masih lagi struggle untuk mengimplementasi agenda persatuan yang menaungi seluruh mahasiswa muslim di sana dengan effective dan efficient.

Muslim di sana minoriti, menurut Nani hanya 200 orang sahaja mahasiswa muslim dari total student’s population di NUS seramai 1200 orang. Berbeza sekali denggan situasi kita disini, yang majoritinya muslim.

Menurut Nani lagi, level of activisme mahasiswa muslim di sana khususnya yang bergiat aktif dengan NUSMS jatuh merudum sekitar tahun 80-an. Beliau sendiri tidak tahu silapnya di mana.

Tapi yang pastinya, sekarang ini, Nani dan rakan-rakan dalam NUSMS, yang baru seminggu memegang kepimpinan dalam NUSMS, sedang merangka dan mencari formula untuk memulakan semula sebuah revival bagi NUSMS, dan pertemuan kami petang tadi sebagai salah satu usaha mereka.

Ianya pasti bukan jalan yang mudah tapi kami di PMIUM akan sentiasa mendoakan kalian dan sedia membantu sebaik mungkin yang kami termampu. Untuk Nani dan semua sahabat NUSMS, juga untuk sahabat-sahabat PMIUM, teruskan usaha tegar kalian, jika bukan pada zaman kita Islam itu bangkit dan berjaya, ia pasti akan berlaku jua nanti dan in’Allah kita akan dilihat oleh Tuhan sebagai salah seorang yang merintis jalan itu.

>>nikabdulrazak

:: SALAM ::

Begini umpamanya rupa blog ini sekarang


Salam, lama sungguh saya tidak melakukan apa-apa di sini. Hampir 2 bulan blog ini ditinggalkan terbiar,tak terusik. Nasib baik labah-labah tak pandai surf internet, kalau tak, pasti sudah bersawang blog ini =)

Kepada yang banyak sindir saya untuk updatekan blog ni, saya ucapkan terima kasih. Bukan kerana terlalu sibuk ruang cyber ini terbiar begini, bahkan ada juga masa saya terbuang tanpa sebarang manfaat. Cuma perasaan dan eager untuk berblog itu sedikit pudar dan pucat sebulan dua ini. Agaknya ia datang bermusim, macam buah-buahan tempatan juga…. mungkin.

>>nikabdulrazak

Quote of the Week

" Though no one can go back and make a brand new start, anyone can start now and make a brand new ending "

Get the Touch Back!!!

ALLAHUAKBAR!!!