Thursday, November 20, 2008

SYAHID ATAU TIDAK? Satu Pencerahan


Bila saudara Sosialiskanan menulis di shoutbox blog ini yang beliau tidak setuju bahawa Amrozi, Imam Samudra dan Mukhlas itu syahid, saya merasa terpanggil untuk menjelaskan kenapa saya berpendapat demikian.

Saya hormati pandangan beliau. Tapi saya juga merasakan tidak adil jika kita membuat sebarang judgement tanpa dikuatkan dengan hujah yang kukuh. Artikel yang saya petik daripada http://ihwansalafy.wordpress.com/ ini in'Allah dapat memberikan kita sedikit pencerahan.

Klik di sini untuk membaca artikel tersebut.

Moga pandangan kita selaku hamba Allah yang serba jahil ini tidak menzalimi sesiapa, juga bebas dari telahan emosi yang selalunya mendorong kita bertindak tidak rasional.

AL FATIHAH BUAT PAK DIN

Al Fatihah buat Allahyarham Syarifuddin a.k.a Pak Din yang telah kembali ke rahmatulloh kira-kira jam 3 pagi semalam.

Walaupun saya dan rakan serumah hanya mengenali dan berjumpa dengan beliau ketika solat berjemaah di masjid Cina, berdekatan rumah sewa di Seksyen 17 PJ, namun pemergian beliau kami rasai.

Beliau orang yang cukup peramah, pemurah dan kental.

Pak Din gemar sekali bercerita tentang zaman remajanya ketika sebelum merdeka dahulu. Cerita itulah yang diulang-ulangnya setiap kali berbual bersama. Kadang-kadang terasa bosan juga mendengar cerita sama, tapi keramahan beliau melayan kami menyebabkan kami senang berada bersama beliau.

Kalau mengikut apa yang Pak Din sendiri cakapkan beberapa bulan sebelum pemergiannya, umurnya sudah mencecah 109 tahun! Umur yang cukup lanjut bagi orang Malaysia, juga bagi umat Nabi Muhammad yang rata-ratanya hanya punya hayat hidup sekitar 60-70 tahun sahaja.

Namun kesungguhan dan disiplin Pak Din tetap 'muda', malah mungkin lebih 'muda' daripada kami yang baru berumur awal 20-an ini. Ketika sihat dulu, setiap kali waktu solat, pasti Beliau orang pertama sampai ke masjid, tidak kira subuh atau magrib, zohor atau asar, hanya dengan berjalan kaki. Kami pula selalu saja masbuu'. Teruk sungguh!

Kini Pak Din sudah tiada, tapi contoh perilaku baik yang beliau ajarkan pada kami melalui perbuatan beliau, in'Allah akan kami cuba contohi. Istiqamah dan tegarnya beliau dalam Ibadah, kemurahan hati beliau pada memberi, juga keramahan beliau.

Moga Pak Din dirahmati Allah dan moga roh beliau ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang Soleh di sisi-Nya. AMEEN

Thursday, November 13, 2008

LATIHAN KEPIMPINAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA (LAKIUM 08)

Tempat : Sukida Resort, Semenyih
Tarikh : 18-20 November 2008

Jadual program masa cuti PMIUM akan bermula 18 November ini, di Sukida Resort, Semenyih.Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dengan kerjasama Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) akan menganjurkan Latihan Kepimpinan Islam Universiti Malaya 2008 (LAKIUM 08)

Banyak yang istimewa tentang program ini; kerjasama yang julung-julung kalinya dengan PUM, program pertama PMIUM di luar kampus untuk sesi ini. Tapi yang paling istimewa pastinya kembalinya legasi LAKIUM di Uni Malaya.

LAKIUM pernah menjadi program tahunan PMIUM satu ketika dahulu. Program yang membina mahasiswa muslim untuk benar-benar layak digelar MAHAsiswa, program yang membina pemimpin; untuk kampus dan masyarakat.

Kini setelah hampir 6 tahun ia ber'kubur', LAKIUM hidup kembali. Harapan pasti tinggi, untuk melihat LAKIUM ini sehebat dulu, dalam mengembalikan jiwa beragama kepada setiap mahasiswa, agar KEMAHASISWAAN mahasiswa itu dikembalikan.

Tahniah buat sahabat-sahabat yang berusaha keras untuk memastikan comeback ini. Moga segalanya berjalan lancar buat kita.

Untuk bersama-sama the comeback legacy of LAKIUM, click HERE!

Ketika Cinta Bertasbih

The exam is not over yet, but here it comes; another programme of PMIUM!

15 November ini, Sabtu, semua dijemput hadir ke program Bedah Buku "Ketika Cinta Bertasbih" di Auditorium IPS, UM.

Penghargaan yang setingginya saya ucapkan kepada Persatuan Pelajar Indonesia Universiti Malaya (PPIUM) atas usaha keras mereka untuk membawa masuk Habiburrahman El Shirazy ke Uni Malaya seterusnya memungkinkan kerjasama antara PMIUM dan PPIUM serta PBMUM dan PMAPIUM.

Buat Syamsuri (Presiden PPIUM), Yasin(Pengarah Program), Wasif(Presiden PBMUM) dan Hafiz Ilyas(PMAPIUM) serta sahabat-sahabat yang menjadi tulang belakang kepada program ini, terima kasih atas komitmen kalian. Moga kita akan diberi peluang untuk bekerjasama lagi dimasa akan datang.


Monday, November 10, 2008

STUPID Fatwa Everywhere?

Bila saya menonton video demonstrasi oleh sekumpulan gadis muda (muslim dan non-muslim), berarak sekitar ibukota, melaungkan “who cares, who cares! Stupid Fatwa everywhere!” membantah fatwa pengharaman tomboy, I cant escape myself from getting furios.

Saya marah kerana ada golongan bukan Islam yang berani mempersoalkan urusan agama Islam, kononnya untuk membela hak wanita. Saya kecewa kerana bertambah lagi golongan yang lahirnya Islam tapi bila dewasa dan sudah ‘pandai’ berfikir agaknya, mereka turut sama menentang Islam. Bertambah lagi list panjang penentang agama atas dasar hak asasi, menyertai perjuangan bangsat SIS dan rakan-rakan mereka.

Atas nama feminism dan kebebasan hak asasi manusia, urusan agama dipersoalkan bahkan ditentang secara terbuka. Kononnya arahan agama itu bertujuan mengongkong wanita, dan kata mereka Islam seolah-olah menyalahkan wanita atas segala kebobrokan sosial sekarang, rogol, sex bebas, dan sebagainya. Bila lelaki gagal dikawal, solusinya mudah, kawal wanita, selesai masalah.

Untuk rakan-rakan saya yang muslim yang tidak bersetuju dengan sesetengah arahan agama,ini nasihat saya- Agama ini bukan hanya urusan akal, tapi kombinasi akal dan iman. Kerana itu bila agama itu dilihat hanya pada rasional akal, mudah benar kita akan melenting menuduh agama itu mengongkong dan mendiskriminasi. What we see is what we get!

Untuk rakan-rakan saya yang bukan beragama Islam yang menentang fatwa dan sebagainya yang berkaitan agama Islam, ini nasihat saya; betul kita semua punya hak kebebasan suara, tapi jangan sampai ia mencabar sensitiviti beragama, jangan sampai ia mencetus ketegangan antara kaum.

Amaran saya kepada mereka, jangan sekali-kali mencampuri urusan agama Islam! Saya hormati kamu sebagai orang yang sebangsa dengan saya, bangsa Malaysia. Tapi jangan sampai hormat itu hilang dan diganti dengan benci!


Sunday, November 09, 2008

SELAMAT TINGGAL PARA SYUHADA’

Kira-kira jam 1 pagi tadi, telah ‘terbang’lah roh tiga orang syuhada’ menemui Allah. Assyahid Imam Samudera, Amrozi dan Mukhlas telah di eksekusi dengan cara tembak.

Tahniah kerana Allah telah kabulkan cita-cita kalian untuk mati syahid di jalan Allah. Moga kami yang masih hidup di dunia ini akan menyusul kalian, untuk juga mati pada jalan perjuangan Islam.

Al-Fatihah!

Quote of the Week

" Though no one can go back and make a brand new start, anyone can start now and make a brand new ending "

Get the Touch Back!!!

ALLAHUAKBAR!!!