Monday, May 07, 2012

Pesta Buku & Pesta Baca

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 sudah berakhir. Aku sempat berkunjung dua kali ke PWTC (Bangunana UMNO, kalau tak kerana PBAKL memang takla aku nak jejak kaki ke bangunan penyangak melayu ni). Walaupun kekeringan sumber kewangan, 11 buah buku berjaya memujuk dan menawan hati aku untuk perah duit dari dompet aku.

Ini buku-buku yang aku laburkan lebih RM 200 untuk beli. Moga manfaatnya berganda-ganda.
  1. Cinta di Rumah Hasan Al Banna oleh Muhammad Lili Nur Aulia
  2. Spiritual Reading oleh Dr. Raghib As Sirjani & Amir Al-Madari
  3. 40 Strategi Pendidikan Rasulullah oleh Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah
  4. Sisi-sisi Cinta Nabi Muhammad SAW oleh Dr. Nizar Abazhah
  5. Tip & Trik Usrah oleh Syed Faiz & Yusri Yusopp (dua-dua senior aku@UM)
  6. On The Origins of Human Society oleh Malik Bennabi (terjemahan ITNM)
  7. Freefall@Merudum oleh Joseph E. Stiglitz (terjemahan)
  8. The Post-American World oleh Fareed Zakaria (terjemahan)
  9. Fiqh Politik Hasan Al Banna oleh Dr. M. Abdul Qadir Abu Faris
  10. Agama & Politk oleh  Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi
  11. Rejuvenasi PAS oleh YB Dr. Mujahid Yusof Rawa
Kata orang buying books doesn't make you knowledgeable but reading does. Malangnya ramai yang teruja untuk beli buku terutamanya bila datangnya pesta buku tapi akhirnya buku-buku yang dibeli hanya menjadi perhiasan rak & perpustakaan di rumah. Aku rasa, kalau buku-buku tu boleh bercakap, pasti ia akan tuntut hak ia untutk dibaca!

Ingat pesta buku mungkin hanya satu atau dua minggu tapi PESTA BACA itu sepanjang tahun!~

Iqra'!~

Quote of the Week

" Though no one can go back and make a brand new start, anyone can start now and make a brand new ending "

Get the Touch Back!!!

ALLAHUAKBAR!!!