Monday, November 10, 2008

STUPID Fatwa Everywhere?

Bila saya menonton video demonstrasi oleh sekumpulan gadis muda (muslim dan non-muslim), berarak sekitar ibukota, melaungkan “who cares, who cares! Stupid Fatwa everywhere!” membantah fatwa pengharaman tomboy, I cant escape myself from getting furios.

Saya marah kerana ada golongan bukan Islam yang berani mempersoalkan urusan agama Islam, kononnya untuk membela hak wanita. Saya kecewa kerana bertambah lagi golongan yang lahirnya Islam tapi bila dewasa dan sudah ‘pandai’ berfikir agaknya, mereka turut sama menentang Islam. Bertambah lagi list panjang penentang agama atas dasar hak asasi, menyertai perjuangan bangsat SIS dan rakan-rakan mereka.

Atas nama feminism dan kebebasan hak asasi manusia, urusan agama dipersoalkan bahkan ditentang secara terbuka. Kononnya arahan agama itu bertujuan mengongkong wanita, dan kata mereka Islam seolah-olah menyalahkan wanita atas segala kebobrokan sosial sekarang, rogol, sex bebas, dan sebagainya. Bila lelaki gagal dikawal, solusinya mudah, kawal wanita, selesai masalah.

Untuk rakan-rakan saya yang muslim yang tidak bersetuju dengan sesetengah arahan agama,ini nasihat saya- Agama ini bukan hanya urusan akal, tapi kombinasi akal dan iman. Kerana itu bila agama itu dilihat hanya pada rasional akal, mudah benar kita akan melenting menuduh agama itu mengongkong dan mendiskriminasi. What we see is what we get!

Untuk rakan-rakan saya yang bukan beragama Islam yang menentang fatwa dan sebagainya yang berkaitan agama Islam, ini nasihat saya; betul kita semua punya hak kebebasan suara, tapi jangan sampai ia mencabar sensitiviti beragama, jangan sampai ia mencetus ketegangan antara kaum.

Amaran saya kepada mereka, jangan sekali-kali mencampuri urusan agama Islam! Saya hormati kamu sebagai orang yang sebangsa dengan saya, bangsa Malaysia. Tapi jangan sampai hormat itu hilang dan diganti dengan benci!


Sunday, November 09, 2008

SELAMAT TINGGAL PARA SYUHADA’

Kira-kira jam 1 pagi tadi, telah ‘terbang’lah roh tiga orang syuhada’ menemui Allah. Assyahid Imam Samudera, Amrozi dan Mukhlas telah di eksekusi dengan cara tembak.

Tahniah kerana Allah telah kabulkan cita-cita kalian untuk mati syahid di jalan Allah. Moga kami yang masih hidup di dunia ini akan menyusul kalian, untuk juga mati pada jalan perjuangan Islam.

Al-Fatihah!

Monday, October 20, 2008

Al Fatihah buat Allahyarhamah Shamsiah Fakeh


Oktober 20- Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya, telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada umur 84 tahun.

Al Fatihah......

Tuesday, September 16, 2008

16 SEPTEMBER

16 Sept- Mungkinkah hari ini akan mencatat sejarah baru sebuah negara Malaysia? Adakah sudah tiba saatnya Kerajaan Umno dan Barisan National tumbang menyembah bumi? Setelah 51 tahun yang untouchable; memerintah negara....

Atau mungkin ia hanya polemik politik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.? Yang tidak lebih dari sebuah ritorika kosong tanpa makna...

Segalanya akan terjawab hari ini. Atau mungkin beberapa hari lagi......

>>nikabdulrazak

Sunday, September 14, 2008

ISA: A Desperate Move


12 Sept- Raja Petra, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA. Penggunaan ISA memang dijangka, memandangkan kerajaan sekarang berada dalam keadaan terdesak untuk menghalang misi 16 Sept DSAI. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Timbalan Ketua Polis Negara menafikan hidden agenda itu tapi rakyat pastinya tidak bodoh dan dangkal pemikirannya untuk membaca percaturan politik terdesak UMNO dan Barisan Nasional.


Saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak, juga tidak mahu membuat sebarang bacaan tentang kesahihan dakwaan DSAI berhubung 16 Sept ini. Tapi yang pasti, sebagai mahasiswa yang matang dan berprinsip, kebenaran tetap perlu disuarakan dan kezaliman dan ketidakadilan tetap perlu ditentang habis-habisan.



Diatas prinsip itulah, tindakan kerajaan Pak Lah menahan mereka di bawah ISA perlu dikecam dan ditentang habis-habisan.



Pertama kerana ISA itu sendiri merupakan akta yang zalim. Akta yang membolehkan penahanan tanpa bicara, akta yang membenarkan TIADA peguam membela mangsa. Ia sama sekali bercanggah dengan prinsip Islam dan hak asasi manusia.



Kerana itu ISA tidak relevan digunakan, walaupun untuk menahan sesiapapun; hatta penjenayah paling berDOSA seperti Tun Mahathir pun tidak layak digunakan ISA keatas beliau. Ia bukan soal siapa yang ditahan, tapi ia soal akta yang digunakan.



Kedua: penahanan ketiga-tiga mereka jelas bermotifkan politik. Pastinya pihak polis dan kerajaan Barisan National menafikan hakikat ini. Alasan mereka adalah kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara. Atas alasan itu ketiga-tiga mereka ditahan.



Mungkin dakwaan itu berasas, tapi persoalannya kenapa Datuk Ahmad Ismail dibiar bebas tanpa ditahan di bawah ISA. Sedangkan wartawan yang melaporkan kenyataan berbaur perkaumannya di akhbar Sin Chew Daily ditahan. Ironinya, dia sendiri mengakui ada mengeluarkan kenyataan itu.



Gerakan, MCA dan DAP semuanya mengecam kenyataaan Ahmad Ismail dan membuat laporan polis terhadapnya. Pengikut Ahmad Ismail pula bertindak biadap mengoyakkan gambar Koh Tsu Kun sebagai tindak balas. Tidak cukupkah semua itu untuk melayakkan Ahmad Ismail di ‘ISA’ kan?



Mahasiswa memang seharusnya mengambil pendirian yang independent dan non-partisan. Tetapi ia bukan bermakna kita harus memekakkan telinga, membisukan mulut dan mematikan fikiran bila timbul isu sebegini. Jika anda begitu, anda bukan MAHASISWA, anda hanya PELAJAR universiti!


>>nikabdulrazak

AHLAN YA RAMADHAN


Mungkin agak terlambat ucapan ini. Ya, memandangkan Ramadhan sudah hampir ke pertengahan. Apapun, walau untuk mengucapkan selamat datang ia agak terlewat, tapi untuk kita menghargai baki Ramadhan ini, pasti kita masih punya waktu. Anggaplah ini Ramadhan terakhir, agar Ramadhan ini yang terbaik buat kita.

>>nikabdulrazak

Quote of the Week

" Though no one can go back and make a brand new start, anyone can start now and make a brand new ending "

Get the Touch Back!!!

ALLAHUAKBAR!!!