
Oktober 20- Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya, telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada umur 84 tahun.
Al Fatihah......
12 Sept- Raja Petra, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA. Penggunaan ISA memang dijangka, memandangkan kerajaan sekarang berada dalam keadaan terdesak untuk menghalang misi 16 Sept DSAI. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Timbalan Ketua Polis Negara menafikan hidden agenda itu tapi rakyat pastinya tidak bodoh dan dangkal pemikirannya untuk membaca percaturan politik terdesak UMNO dan Barisan Nasional.
Saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak, juga tidak mahu membuat sebarang bacaan tentang kesahihan dakwaan DSAI berhubung 16 Sept ini. Tapi yang pasti, sebagai mahasiswa yang matang dan berprinsip, kebenaran tetap perlu disuarakan dan kezaliman dan ketidakadilan tetap perlu ditentang habis-habisan.
Diatas prinsip itulah, tindakan kerajaan Pak Lah menahan mereka di bawah ISA perlu dikecam dan ditentang habis-habisan.
Pertama kerana ISA itu sendiri merupakan akta yang zalim. Akta yang membolehkan penahanan tanpa bicara, akta yang membenarkan TIADA peguam membela mangsa. Ia sama sekali bercanggah dengan prinsip Islam dan hak asasi manusia.
Kerana itu ISA tidak relevan digunakan, walaupun untuk menahan sesiapapun; hatta penjenayah paling berDOSA seperti Tun Mahathir pun tidak layak digunakan ISA keatas beliau. Ia bukan soal siapa yang ditahan, tapi ia soal akta yang digunakan.
Kedua: penahanan ketiga-tiga mereka jelas bermotifkan politik. Pastinya pihak polis dan kerajaan Barisan National menafikan hakikat ini. Alasan mereka adalah kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara. Atas alasan itu ketiga-tiga mereka ditahan.
Mungkin dakwaan itu berasas, tapi persoalannya kenapa Datuk Ahmad Ismail dibiar bebas tanpa ditahan di bawah ISA. Sedangkan wartawan yang melaporkan kenyataan berbaur perkaumannya di akhbar Sin Chew Daily ditahan. Ironinya, dia sendiri mengakui ada mengeluarkan kenyataan itu.
Gerakan, MCA dan DAP semuanya mengecam kenyataaan Ahmad Ismail dan membuat laporan polis terhadapnya. Pengikut Ahmad Ismail pula bertindak biadap mengoyakkan gambar Koh Tsu Kun sebagai tindak balas. Tidak cukupkah semua itu untuk melayakkan Ahmad Ismail di ‘ISA’ kan?
Mahasiswa memang seharusnya mengambil pendirian yang independent dan non-partisan. Tetapi ia bukan bermakna kita harus memekakkan telinga, membisukan mulut dan mematikan fikiran bila timbul isu sebegini. Jika anda begitu, anda bukan MAHASISWA, anda hanya PELAJAR universiti!
>>nikabdulrazak
Petang tadi, saya dan beberapa lagi sahabat pimpinan PMIUM, Faisal, Ridzuan dan Fariza berkesempatan untuk bertemu dan berbincang dengan sahabat dari NUSMS, yang merupakan Bendahari Agungnya, saudari Nani Iryani. Beliau berada 6 hari di
Dahulunya, sebelum Singapura berpisah dari
Jika PMIUM sekarang ini boleh gah dengan agenda persatuan bahkan gerakan di peringkat kampus dan nasional, situasinya jauh berbeza dengan sahabat kita di NUSMS, yang masih lagi struggle untuk mengimplementasi agenda persatuan yang menaungi seluruh mahasiswa muslim di
Muslim di
Menurut Nani lagi, level of activisme mahasiswa muslim di
Tapi yang pastinya, sekarang ini, Nani dan rakan-rakan dalam NUSMS, yang baru seminggu memegang kepimpinan dalam NUSMS, sedang merangka dan mencari formula untuk memulakan semula sebuah revival bagi NUSMS, dan pertemuan kami petang tadi sebagai salah satu usaha mereka.
Ianya pasti bukan jalan yang mudah tapi kami di PMIUM akan sentiasa mendoakan kalian dan sedia membantu sebaik mungkin yang kami termampu. Untuk Nani dan semua sahabat NUSMS, juga untuk sahabat-sahabat PMIUM, teruskan usaha tegar kalian, jika bukan pada zaman kita Islam itu bangkit dan berjaya, ia pasti akan berlaku jua nanti dan in’Allah kita akan dilihat oleh Tuhan sebagai salah seorang yang merintis jalan itu.
>>nikabdulrazak
Salam, lama sungguh saya tidak melakukan apa-apa di sini. Hampir 2 bulan blog ini ditinggalkan terbiar,tak terusik. Nasib baik labah-labah tak pandai surf internet, kalau tak, pasti sudah bersawang blog ini =)
Kepada yang banyak sindir saya untuk updatekan blog ni, saya ucapkan terima kasih. Bukan kerana terlalu sibuk ruang cyber ini terbiar begini, bahkan ada juga masa saya terbuang tanpa sebarang manfaat. Cuma perasaan dan eager untuk berblog itu sedikit pudar dan pucat sebulan dua ini. Agaknya ia datang bermusim, macam buah-buahan tempatan juga…. mungkin.
>>nikabdulrazak