Kalau dulu tanggungjawab saya berlegar pada peranan sebagai seorang anak kepada ibuayah, adik kepada akak-akak, abang kepada adik-adik,seorang mahasiswa, juga seorang Daie pada agama Allah, sekarang saya punya satu peranan baru, sebagai seorang BLOGGER.
Ia perkara biasa kerana peranan dan tanggungjawab kita pasti sentiasa akan bertambah, didepan nanti peranan sebagai seorang pekerja menunggu, juga tanggungjawab sebagai seorang suami pada isteri (atau isteri-isteri) (=, ayah kepada anak-anak dan bermacam lagi yang menanti yang mungkin kita sendiri tidak jangkakan.
Ia memang proses biasa tapi cukup mengujakan. Mana tidaknya, hampir 3 bulan menahan ‘nafsu’ untuk punya blog sendiri akhirnya thanks God, ia datang juga setelah ‘tak tahan’ didesak dan disindir sahabat-sahabat serumah, yang hampir semua merupakan aktivis-aktivis blog.
Syukur pada tuhan, tak lupa juga pada housemates semua, faisal, hasbie dan We atas ‘desakan’ positif dan ‘sindiran’ mencabar selama ini. Saya kini ‘setaraf’ Tun, yang juga khabarnya baru bergelar blogger beberapa hari yang lepas.
Tinggi harapan saya untuk melihat ini sebagai titik mula kepada explorasi diri yang lebih mencabar selepas ini, dan juga pastinya blog ini bukan hanya menjadi ruang terjahan fikrah tapi lebih dari itu ia sebagai satu medan memberi: dalam usaha memenuhi makna hidup ini.
2 comments:
Amboi, hang!
Setaraf Tun ye...
Tapi batul la, Tun pun baru ada blog beberapa hari lepas
Selamat berblog
salam. 3 mei or 3 mac?
Post a Comment