Bagi aku, perkara yang paling penting dalam melakukan sesuatu yang besar & signifikan dalam kehidupan kita adalah passion...keghairahan (bunyi sedikit sensual & gersang=p). Baik memilih bidang pengkhususan di universiti, memilih kerjaya atau memilih pasangan hidup, apatah lagi memilih jalan perjuangan. Melakukan semua itu tanpa keghairahan, kita hanya menempah kegagalan.
Dalam rumah tangga keghairahan itu namanya CINTA, dalam memilih bidang pengajian keghairahan itu namanya MINAT & KECENDERUNGAN, dalam perjuangan namanya MAKNA HIDUP dan begitulah seterusnya. Rumahtangga tanpa cinta (baik dibina sebelum atau selepas kahwin) takkan bertahan lama, sooner or later, it will surely collapse. Bagi masyarakat sekarang, runtuh itu maknanya berpisah dan bercerai, bagi masyarakat dulu yang lebih konservatif amalannya, runtuh itu maknanya hidup dalam kekeringan cinta, masih suami-isteri, tapi rumahtangga gersang kasih sayang, bertahan hanya kerana tanggungjawab. Apa makna punya pasangan peneman hidup jika tiada lagi rasa kasih & sayang antara pasangan.
Menuntut ilmu juga sama, memilih bidang pengajian kerana ikut-ikut kawan, trend dan lainnya itu bahaya. Kesannya kalau tidak dapat dilihat seawal tempoh pengajian, akan terserlah jelas di alam kerjaya nanti. Sukar sekali untuk kita cemerlang melakukan sesuatu yang kita tidak minat sungguh-sungguh. Memaksa diri untuk disiplin belajar apa yang kita tidak minati mungkin mampu untuk menjadikan kita scorer yang first class, score first class setiap semester tapi mustahil ia mampu untuk melahirkan PENUNTUT ILMU yang excellent. Mungkin ia kelihatannya sama tapi hakikatnya jauh berbeza, pelajar yang cemerlang belajar hanya untuk mendapat pekerjaan idaman tapi penuntut ilmu itu belajar for the seek of knowledge. Mereka seolah-olah hidup & bernafas didalam ilmu. Orang begini, kerja yang mereka tidak kejar, mereka tetap dapat dan yang lebih penting hikmah & ilmu mereka berjaya pertahankan dalam diri mereka. Ilmu itu namanya ilmu yang bermanfaat, untuk dirinya dan untuk ummah seluruhnya.
Melakukan kerja dakwah juga harus secara passionate. Da'ie yang berdakwah hanya kerana faktor luaran; kewajipan, kebobrokan sosial masyarakat dan desakan luar yang lain secara sunnahnya tidak akan bernafas lama dalam medan dakwah. Setelah 10 tahun berdakwah, keadaan sosial masyarakat makin meruncing, mungkin kita akan merasa seolah-olah kerja dakwah yang kita buat sia-sia tiada kesan. Di kala itu, masih gagahkah kita untuk berdakwah? Ketika masih seorang pelajar, tanggungjawab kita tidak banyak, maka tanggungjawab dakwah sering kita utamakan. Bayangkan bila kita berraduasi nanti, punya bos untuk dipatuhi, punya anak isteri untuk dijaga dan lain yang semuanya merupakan tanggungjawab dan kewajipan. Cuba tanya diri kita, di kala tanggungjawab bertimbun-timbun, masihkan tanggungjawab dakwah berada di hierarki teratas? Atau sudah terpelosok ke bawah?
Kerana itu, force & drive untuk melakukan kerja dakwah itu harus datang dari dalam, inside-out. Merasakan kerja dakwah itu sebagai jalan untuk beroleh cinta Allah & rasulNya, merasakan yang kerja dakwah itu memenuhi makna hidup kita. Jika kita mampu berbuat begitu, percayalah, sehari kita tinggalkan kerja dakwah, hidup kita kan terasa kosong, bagai ada sesuatu yang hilang tak terisi. Seperti makan, sehari tak makan terasa lapar kerana makan itu keperluan. Maka dakwah juga harus begitu. Dakwah menjadi makna hidupnya, menjadi jalan cintanya kepada Tuhannya, menjadi keghairahan hidup yang tidak terganti oleh sesuatu apapun.

Adakah kita merasa ghairah dengan pasangan yang kita kahwini, ilmu yang kita belajar, perjuangan dakwah yang kita lakukan sekarang?
No comments:
Post a Comment