Wednesday, September 12, 2012

Sudahkah aku berubah?

Kata Allah, setiap anak adam itu pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik dikalangan mereka adalah orang yang bertaubat. Orang yang bertaubat itu orang yang dirinya lebih baik dari semalam; amalannya, percakapan, kata hatinya. Kekurangan itu merupakan 1 kelebihan kerana hanya orang yang (sedar) dirinya kurang mampu untuk berubah menjadi lebih baik. 

Tadi semasa aku ralit mengemas rumah (ada housemate baru masuk), aku terjumpa barang-barang lama. Sebenarnya tak lah lama sangat, mungkin paling lama 6 atau 5 tahun lepas, ketika aku masih seorang mahasiswa UM. Semuanya biasa-biasa sahaja sehingga aku terjumpa sehelai kertas yang buat aku berhenti seketika daripada mengemas rumah. Ya, ia hanya sehelai kertas, sehelai kertas yang padanya tertulis sesuatu yang buat aku termenung panjang.


Aku tak mampu untuk ingat dengan jelas tulisan pada kertas itu ditulis bila dan dimana. Rasanya mungkin ketika sesi postmortem akhir Lajnah Dakwah Dan Kebajikan PMIUM dimana akulah Ketua Exconya. Ketika itu aku di tahun ketiga, sepatutnya tahun akhir. Di hujung sesi pentadbiran, aku buat perjumpaan untuk muhasabah, sumbang saran penambahbaikan untuk sesi depan dan adik-adik pimpinan yang akan datang. Aku minta kepada sahabat-sahabat aku yang jadi pembantu aku sepanjang sesi 1 tahun itu untuk memuhasabah aku secara khusus; telus dan tembus. Lalu, aku berikan sehelai kertas untuk mereka tuliskan apa yang mereka mahu kritik, nasihat, belasah, tak puas hati dan segala macam. Dalam banyak keadaan, tulisan lebih jujur dari kalam.

Kertas itulah yang aku terjumpa kembali tadi...

Kertas itu jelas kelihatan lama; terlipat-lipat dan sedikit terkoyak, tapi apa yang di kertas itu terasa seperti baru ditulis semalam. Tertulis di kertas itu antaranya:
  • Gemuk, makan banyak (erk, ada kaitan dengan kepimpinan ka?)
  • Banyak baca lagi!!! (memang tanda seru ditulis tiga kali)
  • Jangan terlalu tegas dengan pendapat sendiri, cuba dengar orang lain
  • Jaga akademik
  • Bila nak bininya (WTH? haha)
  • Control macho (pulak, kiki)
  • Terlalu banyak (kerap) tidur pagi
  • Malas belajar masak
Semua itu ditulis 3 tahun lalu. Andai dulu aku ikhlas minta dinasihati dan diteguri, pasti masa sepanjang 3 tahun ini sudah cukup untuk aku mencari jalan untuk berubah. 

Sudahkah aku berubah?

No comments:

Quote of the Week

" Though no one can go back and make a brand new start, anyone can start now and make a brand new ending "

Get the Touch Back!!!

ALLAHUAKBAR!!!