Monday, June 30, 2008

HOLLA SPAIN; EURO 2008 CHAMPION

It is the end of 44 drought for Spain as they crashed Germany by 1-0 in an intense Euro 2008 final match last night.

The missing of David Villa proved to have no huge impact on their performance as the battled bravely passed helpless Germany.

They dominated most of the game and Germany were lucky enough to go back to Munich in a mere 1-0 defeat. The praise went to Fernando Torres as he scored the only goal of the match. Germany only had theirselves to blame as their couldn’t match the tougher Spaniards although they started the game in an upper hand. Well done Spain!!!!!!!!

>>nikabdulrazak

Sunday, June 22, 2008

KERANA BOLA ITU BULAT




Berakhir peringkat kumpulan Euro 2008, bayangan sang juara seakan sudah kelihatan. Kehebatan Belanda meratah 2 juara dunia, Italy dan France dan ketajaman David Villa meneraju jentera serangan Sepanyol melayakkan mereka diangkat sebagai ‘favourite’ untuk menjulang Euro 2008. Portugal juga dianggap punya peluang besar berdasarkan perkiraan lawan yang bakal mereka hadapi andai cabaran Germany berjaya dipatahkan.


Tetapi bola sepak tetap bola sepak. Apa sahaja boleh terjadi. Melihat keputusan 3 perlawanan suku akhir yang telah berlangsung, pasti tiada siapa lagi yang berani memmberi ramalan dan jaminan pasti siapa bakal menjulang piala juara. Ketiga-tiga juara kumpulan telah kecundang, dan jika skrip sama berulang awal pagi esok, Sepanyol bakal merasai petaka sama. Calon juara pilihan ramai, Belanda tanpa diduga menyerah layu kepada Rusia, 1-3 awal pagi tadi. Portugal pula, yang dikuatkan bintang Man United,Cristiano Ronaldo, gagal menyaingi rentak penuh bertenaga Germany diketuai Shcwentieger. Sambil Croatia, yang terdahulu menyebabkan Englang tumbang sebelum berjuang, dan mengejutkan Germany diperingkat kumpulan pula punya tiada jawapan untuk rentak ‘come back’ berterusan Turki.


Kini tinggal Sepanyol, yang berdepan tugas sukar berdepan juara dunia Italy awal pagi esok. Dan saya sendiri tidak lagi berani meramalkan apa keputusannya nanti sesudah tiga ramalan awal perlawanan suku akhir semuanya tidak mengena.


Sesudah kejutan demi kejutan, jangan terkejut andai kejutan Greece di EURO 2004 bakal berulang, mungkin Turki atau Rusia bakal dinobat juara,siapa tahu, semuanya kerana bola itu bulat.

Monday, June 02, 2008

RETURN HOME

Bila berada di kampus, perkara yang selalu bermain di fikiran adalah perasaan untuk pulang ke kampung, untuk lepaskan rindu pada ibu ayah, juga pada adik-adik. Manusia ‘biasa’ memang selalu begitu, bila berjauhan baru rindu dan sayang itu datang, bila dekat dan selalu berjumpa, tidak pula terasa untuk menghargai, entahlah. Nampaknya saya masih manusia biasa, belum lagi 'luar biasa'.


Tapi bagiku, biasanya bila pulang ke kampung aku ada misi tambahan, to get myself free dari hempas pulas hidup seorang mahasiswa……… walaupun hanya untuk seketika.


Tapi kali ini berbeza, aku pulang ke kampung, membawa bersama ‘kerja kampus’, untuk dijadikan ‘kerja rumah’. Hiruk pikuk fikiranku di Uni Malaya aku bawa pulang ke Pasir Tumboh. Besar harapan aku dengan ambiance yang tak se’tension’ suasana di kampus ini akan memberiku lebih ketenangan untuk aku cari penyelesaian kepada timbunan kerja ini.


Sudah empat hari aku di rumah, and thanks God I can feel the different. Suasananya berbeza, atmospherenya tak sama.


Melihat aba dan umiku keluar pagi dan pulangnya pagi esoknya, cari rezeki untuk anak-anak, aku bagai mendapat kekuatan. Jika aba dan umiku yang sudah separuh abad usia mereka masih begitu cekal mencari rezeki, hingga lupa letih sendiri, takkan aku yang begitu muda ini boleh dengan begitu mudah mengalah oleh sedikit dugaan Tuhan, sedangkan aku hanya letih mental, mereka berdua bukan setakat mental tapi juga fizikal, memerah akal dan keringat untuk mendidik dan menyara kami adik beradik.


Semangat itu dah kutemui, what’s left now is how I set my mind to face this challenges. Help me oo Allah, AMEEN…

MAKLUMAN

Dah seminggu saya tak menjenguk ke sini. Bila saya surfed internet semalam, saya terkejut bila saya tengok satu mesej dari administrator mahasiswakini.com pada shoutbox, "Maaf.link saudara terpaksa dibuang kerana tidak update."


Sampai hati mereka buat begitu=) . Sebenarnya selepas saya sent the last post tempoh hari, saya pulang ke kampung. Kat rumah di Pasir Tumboh tu I did write something, just I got no enough time to go to CC, lagipun CC berdekatan rumah saya tu internetnya lembab sungguh. Malam saya bantu ayah basuh pinggan n jadi waiter di kedai makan ayah saya. Siangnya saya gunakan masa untuk siapkan kerja rumah (baca kerja kampus).


And now im back to the campus. Although it’s a bit delayed, but I will post the writing I did at at home. Hopefully, there will be something that we can squeeze out of it.

Quote of the Week

" Though no one can go back and make a brand new start, anyone can start now and make a brand new ending "

Get the Touch Back!!!

ALLAHUAKBAR!!!