Monday, June 02, 2008

RETURN HOME

Bila berada di kampus, perkara yang selalu bermain di fikiran adalah perasaan untuk pulang ke kampung, untuk lepaskan rindu pada ibu ayah, juga pada adik-adik. Manusia ‘biasa’ memang selalu begitu, bila berjauhan baru rindu dan sayang itu datang, bila dekat dan selalu berjumpa, tidak pula terasa untuk menghargai, entahlah. Nampaknya saya masih manusia biasa, belum lagi 'luar biasa'.


Tapi bagiku, biasanya bila pulang ke kampung aku ada misi tambahan, to get myself free dari hempas pulas hidup seorang mahasiswa……… walaupun hanya untuk seketika.


Tapi kali ini berbeza, aku pulang ke kampung, membawa bersama ‘kerja kampus’, untuk dijadikan ‘kerja rumah’. Hiruk pikuk fikiranku di Uni Malaya aku bawa pulang ke Pasir Tumboh. Besar harapan aku dengan ambiance yang tak se’tension’ suasana di kampus ini akan memberiku lebih ketenangan untuk aku cari penyelesaian kepada timbunan kerja ini.


Sudah empat hari aku di rumah, and thanks God I can feel the different. Suasananya berbeza, atmospherenya tak sama.


Melihat aba dan umiku keluar pagi dan pulangnya pagi esoknya, cari rezeki untuk anak-anak, aku bagai mendapat kekuatan. Jika aba dan umiku yang sudah separuh abad usia mereka masih begitu cekal mencari rezeki, hingga lupa letih sendiri, takkan aku yang begitu muda ini boleh dengan begitu mudah mengalah oleh sedikit dugaan Tuhan, sedangkan aku hanya letih mental, mereka berdua bukan setakat mental tapi juga fizikal, memerah akal dan keringat untuk mendidik dan menyara kami adik beradik.


Semangat itu dah kutemui, what’s left now is how I set my mind to face this challenges. Help me oo Allah, AMEEN…

No comments:

Quote of the Week

" Though no one can go back and make a brand new start, anyone can start now and make a brand new ending "

Get the Touch Back!!!

ALLAHUAKBAR!!!