Berakhir peringkat kumpulan Euro 2008, bayangan sang juara seakan sudah kelihatan. Kehebatan Belanda meratah 2 juara dunia, Italy dan France dan ketajaman David Villa meneraju jentera serangan Sepanyol melayakkan mereka diangkat sebagai ‘favourite’ untuk menjulang Euro 2008. Portugal juga dianggap punya peluang besar berdasarkan perkiraan lawan yang bakal mereka hadapi andai cabaran Germany berjaya dipatahkan.
Tetapi bola sepak tetap bola sepak. Apa sahaja boleh terjadi. Melihat keputusan 3 perlawanan suku akhir yang telah berlangsung, pasti tiada siapa lagi yang berani memmberi ramalan dan jaminan pasti siapa bakal menjulang piala juara. Ketiga-tiga juara kumpulan telah kecundang, dan jika skrip sama berulang awal pagi esok, Sepanyol bakal merasai petaka sama. Calon juara pilihan ramai, Belanda tanpa diduga menyerah layu kepada Rusia, 1-3 awal pagi tadi. Portugal pula, yang dikuatkan bintang Man United,Cristiano Ronaldo, gagal menyaingi rentak penuh bertenaga Germany diketuai Shcwentieger. Sambil Croatia, yang terdahulu menyebabkan Englang tumbang sebelum berjuang, dan mengejutkan Germany diperingkat kumpulan pula punya tiada jawapan untuk rentak ‘come back’ berterusan Turki.
Kini tinggal Sepanyol, yang berdepan tugas sukar berdepan juara dunia Italy awal pagi esok. Dan saya sendiri tidak lagi berani meramalkan apa keputusannya nanti sesudah tiga ramalan awal perlawanan suku akhir semuanya tidak mengena.
Sesudah kejutan demi kejutan, jangan terkejut andai kejutan Greece di EURO 2004 bakal berulang, mungkin Turki atau Rusia bakal dinobat juara,siapa tahu, semuanya kerana bola itu bulat.
No comments:
Post a Comment