Kekok rasanya untuk kembali menulis setelah sekian lama 'berehat'. Tapi memandangkan salah satu azam tahun baru aku adalah untuk kembali aktif berblog (pernah aktif ka? Rasa-rasanya dari dulu sampai sekarang memang istiqamah hangat-hangat tahi ayam=p) , maka aku paksa juga jari-jari aku untuk menulis. Memang tengah semangat membara untuk update semula blog ni, tu yang 2,3 pagi pun tak tido lagi=)
Kurang lebih 3 jam tadi kita dah masuk tahun baru. Alhamdulillah. Punya la banyak program sempena sambutan tahun baru (yang halal la bro, lebih 10 pilihan program sekitar Lembah Klang) sampai aku confused nak pergi yang mana satu...At the end, aku end up lepak kat kedai mamak (port biasa) tengok MU lawan bola=)
Back to the topic, 2012 & reblogging. Aku sebenarnya segan nak update blog ni, member-member ramai dah perli aku sebab istiqamah update 2 tahun sekali. Tapi macam aku cakap tadi, ni azam tahun baru ni. So, lantak lah apa diorang nak kata.
Aku dari dulu sampai sekarang inshaAllah ada ja idea untuk menulis. Cuma bezanya 2012 ni, aku akan pastikan idea-idea tu aku curahkan pada blog aku ni. No more excuse. Harus rajin & konsisten menulis! Buat masa ni (kiranya dalam period warming up la) aku target 1 entry per week. InshaAllah.
Kandungannya...ikut suka hati aku, kan ni blog aku. Apa sahaja yang aku rasa interesting and/ or bermanfaat untuk aku kongsikan, inshaAllah aku tulis. It can be about my daily life, my family, politics, books that i read, people i meet etc etc.
Ok lah, cukup untuk first entry (after more than 2 years). Hopefully, next week akan ada new entry. Salam.
No comments:
Post a Comment