Bukunya adalah: Radical Reform, Islamic Ethics & Liberation oleh Prof. Dr. Tariq Ramadan. Aku harus berterima kasih kepada Dr. Maszlee Malik & Dr. Farouk Musa yang mencadangkan buku ini. Menurut kedua mereka, sudah tiba masanya Gerakan Islam di Malaysia khususnya mula bertukar daripada bersandarkan kepada idea-idea & buku-buku karya Syed Qutb, Al-Maududi & Syed Hawwa kepada tokoh Gerakan Islam kontemporari seperti Rachid Ghannouchi & Tariq Ramadan.
Lontaran pandangan itulah yang mendorong aku untuk mendapatkan & membaca sendiri buku-buku tokoh tersebut sebelum aku mengambil sebarang pendirian untuk bersetuju atau memilih untuk bersifat defensif. Menolak atau menerima sesuatu paandangan sebelum memahaminya dengan mendalam adalah sifat golongan fanatik & taksub. Teramat malanglah jika ada anak muda yang bersifat begitu. Bagi aku, anak muda mesti menjadikan ilmu & hujah sebagai makanan asasi, baru style.
Buku ni agak tebal, 3++ pages & subjeknya amat berat, so it will take me some time to read & digest it before I can share the input & my analysis here. So, be patient with me. Sekarang ni, aku tengah pulun satu lagi karya Prof. Dr. Tariq Ramadan iaitu "What I Believe", yang merupakan ringkasan idea reform & gagasan beliau yang mencetuskan perdebatan hangat bukan sahaja di kalangan pemikir barat, bahkan intelektual Islam sendiri.
p.s
Kehidupan peribadi aku juga memerlukan Radical Reform, agar aku lebih efisyen & optimum memanfaatkan kelebihan & potensi kurniaan Allah pada aku untuk Islam.
No comments:
Post a Comment