Wednesday, January 18, 2012

Usrah bersama Pak Subky Latif

ALhamdulillah malam semalam (17hb Jan 2012), aku dan sahabat-sahabat daripada Lembah Pantai berkesempatan umtuk berusrah bersama veteran politik PAS, Pak Subky Latif di Kampung Padang Balang, Taman Melewar.

Pak Subky merupakan seasoned politician PAS yang pernah memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat suatu ketika dahulu, beliau memasuki PAS setelah PAS ditendang keluar oleh UMNO daripada Perikatan.

Mungkin ramai yang tidak kenal dengan Pak Subky, baik latar politik beliau, apalagi peribadi tapi believe me, once you know him, even with a single meeting, you will surely admire him.

Penglibatan Awal Dengan PAS & Pengorbanan.

Pak Subky membuka cerita dengan dengan berkongsi kisah tahun-tahun awal beliau bersama PAS. Pengorbanan beliau yang sanggup melepaskan jawatan beliau sebagai wartawan di Utusan Melayu; yang membawa beliau ke hampir seluruh dunia, untuk berjuang sepenuh masa bersama PAS merupakan nota awal penglibatan beliau bersama PAS pada tahun 1978.

Berbagai-bagai ujian datang pabila beliau tidak lagi bekerja di Utusan Melayu, ditambah isteri beliau juga meletakkan jawatan, situasi kewangan beliau ketika itu amat meruncing, tetapi berkat keikhlasan penglibatan beliau di dalam PAS, Allah memberi rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka. Beberapa kisah yang beliau kongsikan, akan aku ingat sampai bila-bila sebagai bekal keyakinan bahawa andai kita menolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kita & memberikan rezekiNya kepada kita.

Ahli Politik Yang Strategist

Sebelum bersama PAS lagi, Pak Subky telah terlibat dengan politik secara tidak langsung. Semasa Great Economy Debate di Universiti Malaya, dimana beliau sepentas dengan Lim Kit Siang dan Dato' Senu, beliau ada mencadangkan agar DAP menari partner melayu di dalam politik & PAS harus mencari partner bukan melayu di arena politik jika mereka berhasrat untuk menang & memerintah Malaysia. Ketika itu, tiada siapa yang menyokong pandangan beliau, tetapi idea beliau yang dilontarkan sekitar pertengahan 70-an itulah akhirnya di aplikasikan apabila PAS bergabung dengan DAP dalam Barisan ALternatif dan kemudian membentuk Pakatan Rakyat bersam PKR.

Beliau juga menceritakan kisah di balik tabir, behind closed door, peristiwa Dato' Asri Muda dan Dato' Nakahie keluar daripada PAS, juga peristiwa Mageran yang membawa penendangan keluar PAS daripada Perikatan. Ternyata beliau seorang ahli politik yang bijak & strategist. Antara yang paling menarik perhatian saya adalah kelicikan politik Abu Bakar Hamzah, SUA PAS pada Zaman Dato' Asri Muda sebagai presiden PAS. Benarlah, untuk menjadi ahli politik Islam yang sukses, selain perlu amanah & berintegriti, licik juga perlu!~

Meletakkan Jawatan Di Dalam PAS

Banyak yang dikongsi Pak Subky malam itu, tapi yang paling menyentuh aku adalah kisah beliau meletakkan jawatan dalam PAS. 6 tahun lepas, ketika itu, kesihatan beliau amat menghimpit, kedua-dua belah kaki beliau diserang Gout. Menimbang keadaan beliau yang tak mampu lagi utnutk menggagahkan diri menghadiri mesyurat, beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan. Katanya, beliau merasa agak keberatan untuk meletakkan jawatan, bukan kerana sayangkan jawatan, apatah lagi gilakan jawtan, tapi bel;iau bimbang bila beliau tiada apa-apa lagi jawatan dalam PAS, hubungan beliau dengan perjaungan Islam akan putus.......

Pak Subky seorang pejuang Islam yang sangat istimewa. Walau diusia tua pun, beliau terus menymbang kepada ummat. Tidak mampu memegang apa-apa jawatan didalam PAS, beliau menulis Memoir sebagai sumbangan terakhir beliau kepada ummat. Beliau tyerus menjadi murobbi kepada anak-anak muda yang baru mengenal erti perjuangan. Moga Allah panjangkan usia beliau agar kita semua beroleh kesempatan untuk terus belajar daripada Syed Qutb melayu ini.


No comments:

Quote of the Week

" Though no one can go back and make a brand new start, anyone can start now and make a brand new ending "

Get the Touch Back!!!

ALLAHUAKBAR!!!