Thursday, November 20, 2008

AL FATIHAH BUAT PAK DIN

Al Fatihah buat Allahyarham Syarifuddin a.k.a Pak Din yang telah kembali ke rahmatulloh kira-kira jam 3 pagi semalam.

Walaupun saya dan rakan serumah hanya mengenali dan berjumpa dengan beliau ketika solat berjemaah di masjid Cina, berdekatan rumah sewa di Seksyen 17 PJ, namun pemergian beliau kami rasai.

Beliau orang yang cukup peramah, pemurah dan kental.

Pak Din gemar sekali bercerita tentang zaman remajanya ketika sebelum merdeka dahulu. Cerita itulah yang diulang-ulangnya setiap kali berbual bersama. Kadang-kadang terasa bosan juga mendengar cerita sama, tapi keramahan beliau melayan kami menyebabkan kami senang berada bersama beliau.

Kalau mengikut apa yang Pak Din sendiri cakapkan beberapa bulan sebelum pemergiannya, umurnya sudah mencecah 109 tahun! Umur yang cukup lanjut bagi orang Malaysia, juga bagi umat Nabi Muhammad yang rata-ratanya hanya punya hayat hidup sekitar 60-70 tahun sahaja.

Namun kesungguhan dan disiplin Pak Din tetap 'muda', malah mungkin lebih 'muda' daripada kami yang baru berumur awal 20-an ini. Ketika sihat dulu, setiap kali waktu solat, pasti Beliau orang pertama sampai ke masjid, tidak kira subuh atau magrib, zohor atau asar, hanya dengan berjalan kaki. Kami pula selalu saja masbuu'. Teruk sungguh!

Kini Pak Din sudah tiada, tapi contoh perilaku baik yang beliau ajarkan pada kami melalui perbuatan beliau, in'Allah akan kami cuba contohi. Istiqamah dan tegarnya beliau dalam Ibadah, kemurahan hati beliau pada memberi, juga keramahan beliau.

Moga Pak Din dirahmati Allah dan moga roh beliau ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang Soleh di sisi-Nya. AMEEN

No comments:

Quote of the Week

" Though no one can go back and make a brand new start, anyone can start now and make a brand new ending "

Get the Touch Back!!!

ALLAHUAKBAR!!!