Thursday, November 13, 2008

LATIHAN KEPIMPINAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA (LAKIUM 08)

Tempat : Sukida Resort, Semenyih
Tarikh : 18-20 November 2008

Jadual program masa cuti PMIUM akan bermula 18 November ini, di Sukida Resort, Semenyih.Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dengan kerjasama Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) akan menganjurkan Latihan Kepimpinan Islam Universiti Malaya 2008 (LAKIUM 08)

Banyak yang istimewa tentang program ini; kerjasama yang julung-julung kalinya dengan PUM, program pertama PMIUM di luar kampus untuk sesi ini. Tapi yang paling istimewa pastinya kembalinya legasi LAKIUM di Uni Malaya.

LAKIUM pernah menjadi program tahunan PMIUM satu ketika dahulu. Program yang membina mahasiswa muslim untuk benar-benar layak digelar MAHAsiswa, program yang membina pemimpin; untuk kampus dan masyarakat.

Kini setelah hampir 6 tahun ia ber'kubur', LAKIUM hidup kembali. Harapan pasti tinggi, untuk melihat LAKIUM ini sehebat dulu, dalam mengembalikan jiwa beragama kepada setiap mahasiswa, agar KEMAHASISWAAN mahasiswa itu dikembalikan.

Tahniah buat sahabat-sahabat yang berusaha keras untuk memastikan comeback ini. Moga segalanya berjalan lancar buat kita.

Untuk bersama-sama the comeback legacy of LAKIUM, click HERE!

1 comment:

Miss X said...

salam.
Same lah kite, kami ad KEMSIS Kem Kepimpinan Mahasiswa Islam 21hb ni.

Em, kalau ad softcpy buku pgrm n modul2 LAKIUM, sangat amat berminat (berharap) untuk dikongsikan.. ;p

My emel e_i_d_a@y.c. Kalau boleh, xboleh xpe...

Quote of the Week

" Though no one can go back and make a brand new start, anyone can start now and make a brand new ending "

Get the Touch Back!!!

ALLAHUAKBAR!!!